Meninggal dunia Hassan_Shukri

Pada 14 Jun 2010 ketika berumur 71 tahun, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Unit Rawatan Jantung (CCU) , Hospital Selayang kerana serangan jantung (sakit dada) selepas pulang menyertai Muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2, Gombak.[4] Jenazah disembahyangkan di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Antara yang hadir ialah Mursyidul Am PAS YAB Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat , Mufti Negeri Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ketika beliau meninggal dunia, beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura 'Ulamak PAS [5] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.[6].

Rujukan

WikiPedia: Hassan_Shukri http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/134487 http://www.tabunghaji.gov.my/ http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.p... http://www.kuizm.org/ http://www.kuizm.org/index.php?option=com_content&... http://www.parti-pas.org/hubungi/452-pejabat-agung... http://www.parti-pas.org/hubungi/452-pejabat-agung... http://www.parti-pas.org/info/pimpinan/ajk-pas-pus... http://www.parti-pas.org/info/pimpinan/majlis-syur...